"Walau bagaimanapun keadaan yang bergolak dalam pemikiran manusia. Namun Islam menganjur umatnya (sunat) supaya mengingati mati. Samada cara termenung menggambarkan saat-saat kematian itu ditempuhi, menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur dan sebagainya"
kalau sampai waktunya untuk aku pergi selamanya,
ada tak yang sudi sempurnakan jenazah aku?
mandikan,
kafankan,
sembahyangkan,
kebumikan,
bacakan talkin untuk aku?
ada sesiapa yang sudi sedekahkan doa buat aku?
ada sesiapa yang sudi ziarah aku jika bukan waktu hari raya?
ada sesiapa yang sudi sedekahkan bacaan yassin buat aku?
ada sesiapa yang sudi doakan aku?
kemana akan aku dihantar selepas itu?
syurga atau neraka?
bagaimana amalan aku di dunia ini? cukup atau tidak?
adakah orangorang sekeliling akan menangisi kehilangan ku?
ada sesiapa yang sanggup lakukan semua tu?
*semua antara kita akan mati
tak cepat sesaat, tak lewat sesaat
itu semua sudah ditakdirkan dan itu adalah perjanjian kita dengan-Nya
p/s: semua persoalan itu tercetus bila aku baca artikel kat atas tu,

No comments:
Post a Comment