Friday, 30 December 2011

homesick, again and again

sekarang 5:15 AM,
dan aku masih belum boleh tidur

kiri ke kanan, kanan ke kiri
main pusingpusing atas katil
still jugak tak boleh pejam mata

hati gelisah sana sini sinun sanan'
esok dah nak kena balik hostel!

hostel!
hostel!
hostel!
hostel!

cuba balik hotel pulak, kan best' miahahahahaha

sebenarnya, aku da rasa homesick sejak 3 hari lepas,
na buat macam mana, puas aku tepis pakai perisai segala macam
dia datang jugak serang aku

dan esok, aku tahu mata akan mula membengkak, hidung takkan berfungsi dengan elok

p/s: saat orang lain gembira sambut new year, aku pulak bersedih' damn! selalu macam ni :(

Thursday, 29 December 2011

byebye 2011, haihai 2012

hai,

sekarang ni dah penghujung segala penghujung tahun
2011 dah pun na melabuhkan tirainya
lepas ni 2012 pula datang mengabadikan diri

cerita pasal 2011, actually banyak benda yang berlaku

cepat masa berlalu, seingat aku macam baru semalam aku pakai uniform sekolah
sedar tak sedar dah na masuk 2 tahun aku tinggalkan zaman sekolah,

sayu hati, teringat zaman sekolah, zaman menggila dengan kawankawan
zaman membesar dengan pelbagai gajet baru,
masa takkan berulang, ianya akan tetap ke hadapan

kisah yang lalu hanya tinggal kenangan
dan aku harus maju ke depan tak kira apa pun yang berlaku

azam?
aku takde azam untuk tahun 2011,
untuk tahun 2012 aku tak fikirkan lagi

tapi bagi aku,
apa guna ada azam baru setiap tahun,
kalau kita sendiri tak berusaha untuk berubah dan mengubah

bagi aku, azam bukan boleh dibuat sebelum masuk tahun baru
bilabila pun boleh, dengan niat kita ingin melakukan perubahan


p/s: okay, selamat menyambut tahun baru 2012 pada korang semua :)
xox,

Sunday, 25 December 2011

once upon a time, 1

okay,
aku na share dengan korang cerita duludulu kala

#first

dulu kan, waktu zamanzaman aku sekolah rendah popular kot
group WESLIFE! aku separa gila terkinjakinja na usha mamatmamat dalam tu
hensem habis!



aku tak berapa ikut perkembangan dorang, al maklum laa
zaman aku tu zaman internet baru na naik'
kalau ada pun aku tak reti laa na google dorang *sigh

lagipun aku suka dorang sebab dorang hensem je & lagu dorang sodapsodap belaka
punya makna yang tersendiri :)

tapi aku punya tahap kegilaan kat dorang ni,
sampai aku beli sticker pastu buat sesi tampal menampal kt katil
penuh satu katil aku tampal, HEHE :D

tapi aku paling suka Brian <3 aummm!
sebab, hanya aku saja yang tahu :P

p/s: okay, da lewat nanak tidur dulu ~ nite semua'
nanti aku tulis bahagian kedua dia pulak :)

Saturday, 24 December 2011

Jika Itu Berlaku

"Walau bagaimanapun keadaan yang bergolak dalam pemikiran manusia. Namun Islam menganjur umatnya (sunat) supaya mengingati mati. Samada cara termenung menggambarkan saat-saat kematian itu ditempuhi, menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur dan sebagainya"




kalau sampai waktunya untuk aku pergi selamanya,
ada tak yang sudi sempurnakan jenazah aku?

mandikan,
kafankan,
sembahyangkan,
kebumikan,
bacakan talkin untuk aku?

ada sesiapa yang sudi sedekahkan doa buat aku?
ada sesiapa yang sudi ziarah aku jika bukan waktu hari raya?
ada sesiapa yang sudi sedekahkan bacaan yassin buat aku?
ada sesiapa yang sudi doakan aku?

kemana akan aku dihantar selepas itu?
syurga atau neraka?
bagaimana amalan aku di dunia ini? cukup atau tidak?
adakah orangorang sekeliling akan menangisi kehilangan ku?

ada sesiapa yang sanggup lakukan semua tu?

*semua antara kita akan mati
tak cepat sesaat, tak lewat sesaat
itu semua sudah ditakdirkan dan itu adalah perjanjian kita dengan-Nya

p/s: semua persoalan itu tercetus bila aku baca artikel kat atas tu,


perasaan yang tertahan

hari ini aku rasa sedih sangatsangat
maybe sedikit tertekan

akhirnya, berhari-hari & berminggu-minggu aku tak nangis
menangis juga hari ini

aku sedih bermacam-macam perkara,
banyak perkara yang berlaku
banyak benda yang aku tahan perasaan
aku lepaskan hari ini

aku menagis mengenangkan perkaraperkara yang berlaku sepanjang tahun ni,
susah senang baik buruk yang berlaku dalam tahun 2011 ni
aku menangis juga, sebab mengenangkan dosadosa aku pada-Nya.

hati ni rasa sakit, pedih, ngilu dan macammacam lagi,
diluar aku tersenyum, didalam aku meraung meratapi

p/s: aku minta maaf pada semua yang mengenali aku, halalkan semuanya yang pernah aku ambik/guna

Sunday, 18 December 2011

vibration perut

hyep!

hari ni aku lemah gemalai ala-ala perempuan moden melayu kedua terakhir kat kolej,
itu semua gara-gara gara-gara gara-gara


kesakitan keperutan kedakuan!
grrrr~

menitis peluh sana sini, tangisan kerinduan pada sakit yang satu ni,

*dalam banyakbanyak sakit, sakit perut la aku tak lalu na hadap

sebab sakit ni "kau datang dan pergi oh begitu sajaa, semua ku trima apa adanya"
cehhh! nonsense lagi,

suku redha ja aku dengan sakit ni,
perut ni pun asyik duk vibrate tahap maximum ja dari tadi (bayangkan bunyi vibrate fon nokia tahap 5)
muahahahahahaha~
dan disebabkan itu

aku terpaksa la main tali skipping (ponteng) 2 class petang
class ctu151 (agama) & omt172 (typing)

dan memerah memarahkan keadaan, bila Najib text cakap typing tadi ada graded test
yang mana test tu untuk carrymark final exam T____T

before that, aku da call ibu cakap tak masuk class
so takde la parents aku terkejut kalaukalau ada warning letter sampai kt perak :)

disebabkan aku bercita-cita tinggi na ambik graded test kenalah aku p klinik untuk ambik ubat dan MC
(malas na p klinik sebab fulus tak berapa na memberahikan purse)

perut vibrate lagi! okay, masa untuk bertapa dalam toilet'

caucincau

p/s: thanks syid merempit hantar aku balik tadi, nanti aku bagi chokichoki sebatang kat kau =D

Monday, 12 December 2011

Tak payah hide & seek sangat

awak,
tolong la jangan main hide & seek dengan saya
saya dah tak larat na cari awak

awak tahu,
hari-hari saya cari awak
setiap kali cari saya berharap sangat saya jumpa awak

kaki saya sakit awak
berjalan sana sini cari awak
sampai satu tahap saya dah surrender na cari awak

tapi,
hati saya tetap na cari awak

sebab.....





sebab.....






sebab.....





DUIT AKU DAH HABIS TAHU TAK!
MANA KAU MENGHILANG PTPTN SAYANG?
HAMBOIIII KAU,
INGAT HOT SANGAT KA NA MAINMAIN DENGAN AKU?

chicken! fish! duck! cat! crocodile!


p/s: ditulis khas untuk


Saturday, 10 December 2011

ketagihan KOPIKO

hai, salam hari sabtu eh ahad :)
harap semuanya sihat sejahtera

okay, hari ni aku dapat detect 1 lagi tabiat buruk aku,
aku start ketagih dekat benda ini


aku mula ketagih sejak pagi tadi, sejak cafe kat hostel aku tak bukak! *salahkan cafe, salahkan cafe!
tak berhenti mengunyah benda alah ni
dari penuh pack besar sampai kempis
semua aku sumbat masuk mulut

yawwww. tak tidur malam aku dibuatnya, segar bugar mata saat ini
nasib laa esok kuliah lambat start, kalau tak kipas susah mati aku na dodoikan mata

sedap sangat-sangat,
sesedap cadbury aku rasa

*saya duk hostel, tak mampu beli cadbury. kalau beli habis lari bajet sehari =.="

aku tak suka na mainmain dalam mulut. masuk mulut terus kunyah + telan
then bukak yang baru



gambar ni aku google ea, bukan aku punya keje na snapsnap sana sini,

dan aku na bagi tahu, bahawasanya gulagula/coklat yang murah itu lagi sedap dari yang mahal
kalau yang mahal, aku sayang na makan sebab ibarat aku makan duit aku balik *sigh

nanti aku update lagi pasal ketagihan aku dekat 1 coklat nih, aku rasa korang pun ketagih gak kalau makan

byebye, esok saya na borong ketagihanketagihan di kedai

Wednesday, 30 November 2011

talak dari DTAR

login mukabuku,
like post dekat home
scroll slowslow sampai bawah
finally nampak something
tenyeh mata banyak kali
gosok mata sampai merah
jantung berdegup kencang
badan mula seram sejuk

''***** ********* is in relationship with ****** *****''

prangggg!

terkedu' betul ke apa yang aku tengok ni?
aku tak percaya
tak percaya

refresh! refresh! refresh! referesh!
still benda yang sama aku lihat
yea, aku tak mimpi

awak,
saya terkejut sangatsangat bila tengok dekat home mukabuku tadi
awak dengan dia, betul tekaan saya
saya dah lama tahu mengenai dia



terus terang saya katakan
saya kecewa yang teramat awak,


hati saya retak dan hancur
saya masih mengharapkan awak walaupun kita dah lama tak berhubung


tapi awak jangan risau, saya okay
tipu lah saya cakap saya 100% okay
ada partpart saya yang dah tak okay

tapi awak jangan risau
saya takkan menangis lagi pasal awak

air mata saya dah beku untuk awak
tiada lagi air yang sudi membasahi wajah saya
janji pada diri sendiri harus saya tunaikan
saya tak akan menangis lagi pasal awak


semoga berbahagia awak
awak diciptakan bukan untuk saya
saya perlu redha dengan ketentuan
jodoh kita hanya sebagai seorang sahabat, tidak lebih dan tidak kurang

semoga perhubungan baru awak dan dia kekal sehingga menjadi yang halal
hanya doa saya kirimkan buat awak dan dia, DTAR :)

*akhirnya saya ditalak juga setelah 6 bulan menunggu

Wednesday, 16 November 2011

gelodak jiwa

sedar tak sedar habis da sebulan lebih cuti semester
kejapnya masa berlalu~
esok pulak, dah na daftar sem 2

dekat 5 jam dah cikki tinggalakn rumah, tinggalkan perak
sedih + sayu hati :(
sepanjang perjalanan tadi cikki cuma menangis dan termenung~

sekarang, cikki tengah berperang dengan perasaan sendiri
hati membuak-buak rasa na menangis teresak-esak
tapi tak terkeluar, maybe sebab banyak sangat menangis

sekarang, tengah tenung muka adikadik tidur
esok maybe da tak dapat tengok~ T___T

jiwa saya sangat terseksa terpaksa meninggalkan family lagi sekali,
cikki tak kuat dalam hal family ni~
terasa tak mampu lagi na berkorban berjauhan

* ibu, kaka sedih. tapi tak terluah semua tu, sedih yang teramat sangat. kaka rela kena tembak dari berjauhan dengan keluarga sendiri. kaka takna balik ibu. T____T

Tuesday, 15 November 2011

Dia Yang Pergi

Hari ni, seorang lagi teman cikki kat kolej pergi
pergi jauh dari kami semua~
Fatin Suhana binti Jamaluddin atau Atin Hanamichi
kawan terbaik yang cikki kenal dalam masa yang singkat ni

dialah kawan yang merempit dengan cikki pergi sana sini uruskan PTPTN
dialah kawan yang selalu tolong orang bila orang dalam kesusahan
dialah kawan yang setia walau macam mana susah pun
dialah kawan yang menyempurnakan setiap assignment yang diberi
dialah kawan yang akan buat apa sahaja yang disuruh

Atin, ingat tak waktu first Atin tegur Hanim?
dekat depan lab CL_2.1
time tu atin duduk kat atas carpet sebab takde kerusi, time tu kita tunggu lecturer typing
masa tu Atin cerita kat Hanim pasal kawan Atin, Meiti.

Lepas tu kita jadi rapat lagi bila pergi merempit pergi mergong.
uruskan pasal pinjaman, waktu tu hujan kite pergi. kite redah jugak.
Atin tahu, masa tu first time hanim bawak motor dekat Kedah.
Takut giler rasa time tu, hanya Tuhan yang tahu.

ingat tak jugak, waktu kita na balik dari mergong, yang Hanim langgar lampu isyarat
time tu sakan kita gelak atas motor sampai jalan na masuk pergi bank pun salah
last-last tak pergi, berkejar pergi kelas sir Tarmizi (MAT112)

Then, kita satu kumpulan buat group presentation eyeliner (OMT100)
Atin last-last minutes kena buat live demo untuk tudung & eyeliner

lepas tu kita ada jodoh lagi, dapat jadi partner lagi untuk assignment IMD101 dengan Najib dengan Aliya dan Wandy. menangis nangis kita siapkan assignment tu samasama. balik hostel pun lambat.

1 malam tu balik sumbat sampai 6 orang 1 taxi. berhimpit-himpit korang dekat belakang.

*banyak lagi Atin kenangan kita semua, kalau na tulis pun panjang. apa-apa pun. Hanim doakan Atin berjaya dalam apa jua Atin buat. dan kalau boleh, datang laa belajar kat sini balik. kami semua perlukan Atin.



p/s: Atin Hanamichi yang sebelah kanan tu :P

what i feel right now

hari ini hari terakhir cikki di rumah
esok dah bertolak balik kedah,
cikki rasa kosong, pelik kan?
padahal sebelum ni, cikki beria sangat takna balik (oksy, tahu. cakap macam keling!)

entah laa,
hati cikki rasa kosong. cikki cuma na pergi jauh dari semua
tinggalkan semua itu sahaja

cikki na pergi muhasabah diri,
pergi cari ketenangan sama,
pergi cari jiwa yang hilang,
pergi cari cikki yang duludulu kala

ajaibnya! tiada rasa homesick langsung
(harapharap berkekalan laa. hehe)

*wahai semangat belajar, daku seru dirimu supaya datang balik untuk berjuang di semester 2 ini


Monday, 14 November 2011

Makanan untuk telinga

hari ni mood na tukar lagu
macam bosan pulak dengar si colbie ni melalak
'i do, do do do do' kan.

lastlast pilih lagu Once-Dealova,

sajer pilih lagu yang mencengkam jiwa,
terasa tenang sikit. rasa hilang semua masalah.

ni haaaaa, lirik. jom nyanyi. jom layan jiwa.

~ pejam mata, dan bayangkan awak awak awak nyanyi lagu ni untuk yang tersayang ~

*best kan kalau ada orang nyanyi/tujukan lagu ni , kat cikki (awwww! anda sangat berangan. stop it cikki!)


Aku ingin menjadi mimpi indah
Dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang mungkin bisa kau rindu

Karena langkah merapuh
Tanpa dirimu
Oh... Karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu
Yang slalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa aku
Selalu memujamu

Tanpamu sepinya waktu
Merantai hati
Oh... Bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Oh...

Hanya dirimu
Yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu
Aku merasa hilang... dan sepi
Dan sepi...

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Selalu ada...
Kau selalu ada...
Selalu ada...
Kau selalu ada...

Sya... na na na...

Saturday, 12 November 2011

ziarah yang tak diundang

isnin selasa rabu khamis!
khamis! khamis! khamis!

berapa hari je lagi na khamis~
loceng untuk balik ke hostel suda berbunyi
excited dalam homesick

minggu ni tak kemana mana pun
stay kt rumah je, menikmati harihari terakhir kat rumah
tawaf rumah banyak kali, masuk bilik sana sini
termenung sana sini, berat hati na tinggal rumah untuk 5 bulan

yeahh! dan minggu terakhir cuti ni laa kedatangan sakit yang macammacam

ulser datang membuli daku. 3 beradik ulser tu memey ar. sangat memeritkan.
then, demam datang menziarahi badan. *mentangmentang laa lama tak demam
yang paling teruk sekali, kulit muka menggelupas teruk, scary tengok cermin!

kulit muka sana sini terkeluar. na pergi daftar hari khamis ni. malu! malu! malu!
then kelas pulak start ahad ni, lagi la malu! malu! malu! malu!

takkan laa na pergi daftar pakai purdah. memang tak laa.
nampak sangat hipokrit, pakai purdah semata-mata na tutup muka.
haishhhh.

takkan la na pakai topeng. lagi laa tidak sama sekali.
kang tak memasal tak boleh masuk dewan

malu malu malu malu manusia!
terasa menyesal pulak gatal jari tangan lengan dan siku tempek macammacam kat muka
~sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya

what should i do? huwaaaaaaaa :(

Monday, 31 October 2011

Aku Seorang Perantau

bukan mudah untuk jadi seorang perantau,
merantau ke tempat yang asing ke tempat yang tidak tahu selok beloknya

begitu juga aku,
menerima tawaran belajar di Kedah membuka lembaran baru buat aku
menjadi anak rantauan mengajar aku supaya berkorban, berkorban dan berkorban

aku akui memang susah pada mulanya, dan sekarang pun aku masih rasa susah
aku meninggalkan kan semua yang aku sayang, semua kemudahan yang aku dapat
segala-galanya terpaksa ditinggalkan

saat orang lain bahagia menghabiskan cuti hujung minggu,
aku hanya mampu berkurung dalam bilik hostel
saat orang lain makan bersama family,
aku hanya makan berlaukkan maggie
saat orang lain nyeyak tidur,
aku terpaksa bersengkang mata buat revision dan menangis merindui keluarga yang jauh

jiwa yang kosong selalu menemani aku
sayu hiba tawa sedih susah senang semuanya 100% ditanggung sendiri
semuanya dilakukan sendiri
tiada tangan-tangan yang akan menyambut bila  jatuh

tekanan jiwa + konflik sering menguji
aku hanya mampu menangis keseorangan
aku makin hilang diri aku yang sebenar,
makin kehilangan kata-kata pendorang diri

tapi, aku terpaksa jua bermuhasabah diri
demi mewarnakan masa depan aku
aku hanya mampu berdoa kepadaNya Yang Maha Kuasa

*sedikit sebanyak pergorbanan dan kesusahan mengajar aku erti sebuah kehidupan yang sebenar



p/s: Pada saat ini, aku hanya diuji dengan hebatnya dari segi jiwa dan perasaan aku. semoga aku diberi ketabahan menjalani liku-liku hidup. Amin.

16 days left

Okay, hari ni dah masuk 1 November 2011
ini bermakna 16 hari saja lagi yang akan tinggal

16 hari tu kejap! pejam celik pejam celik dah tiba masa na pergi
masa untuk pulang ke Alor Setar

berhari-hari rawat dan pujuk hati kembalikan semangat balik,
tapi semua tu macam tak membuahkan hasil
aku makin sensitif

tadi, ayah cakap "lepas masuk sem 2 ni jangan da call, nangis-nangis na balik"
dengar je ayah cakap macam tu, aku terus terdiam, pusing sambung balik masak.
terasa dengan apa yang ayah cakap~

*aku sensitif giler bila dekat na balik hostel


Thursday, 27 October 2011

When I Start To Feel Homesick

Hari ni hari jumaat da
bermakna tinggal lebih kurang 19 hari lagi na duduk rumah
huwaaaa, cepatnya masa berlalu

rasanya baru  2-3 hari cuti,
aku tak sedia na memulakan sem baru
fizikal tak sedia, mental 500% tak sedia

tak na tak na tak na tak na tak na balik Alor Setar

barang-barang keperluan semua aku dah beli,
nampak macam excited kan beli barang awal-awal (dalam hati menangis hiba)
beli barang awal sebab tak na main pening-pening dengan otak

actually, tadi aku dapat tahu result final keluar 4 november ni
itu lagi satu perkara yang aku tak suka hadapi. yup, cik result na keluar dating!
aku tak na repeat, biarlah cukup-cukup makan pun tak pe

hari-hari aku rasa sedih, tapi tak de siapa pun na pedulikan
aku tak na balik sana
sana tu macam nightmare giler kat aku

sometimes aku rasa excited na balik sana, tapi yang paling banyak ialah TAKNAK BALIK!

tak nak tak nak tak nak dan tak nak! fullstop,

ibu, tak nak balik sana. better duduk kampung dari sana
biarlah banglo macam mana pun hostel sana, tetap tak nak balik sana
biarlah mewah dan bebas macam mana pun tetap jugak tak nak balik!

sana tak ada ayah dengan ibu. tak ada family,



p/s: niat memang na belajar, tapi tapi tapi tapi tapi! i need someone to share my problem. share my sadness, i need shoulder to cry on it :(

Tuesday, 25 October 2011

Deep From My Hearts

20 Januari 2011, aku kenal dengan Myrae, Nat dan Dain,
trio yang paling dan sangat aku sayang

MYRAE ~

Myrae, kau la satusatunya sahabat, kawan, kakak, adik dan nurse + doctor yang aku sayang
aku lebih selesa share semua yang aku buat atau terjadi pada aku kat kau
i trust u more than my family

aku paling rindu dan sayang kau. aku lebih rindu kau dari rindu adik aku
sejak kau keje, aku dah tak tahu na sembang dengan sape.
aku log in FB, tapi hanya untuk main game atau untuk sajersajer bukak.

banyak benda aku na share dengan kau, harihari aku tunggu kau online.
aku tak msg kau, sebab takut kau busy layan patient
aku bosan sangat. habis semua post atau status kau aku like
katak kesayangan kau pun aku bagi makan harihari

mungkin kau anggap aku giler. sebab bg makan katak mainan kt blog kau tu.
tapi entah lah. aku rasa rindu aku terubat sikit bila buat macam tu. kau kan suka katak.

Myrae, kalau ada salah aku dengan kau. kau maafkan yerk. aku cuba na perbaiki diri aku.


NAT ~

first, cikki na ucap congrats sebab dapat kerja. lama kan Nat tunggu na dapat kerja.
rasanya Nat pernah cerita kat cikki pasal na pergi interview keje ni duludulu.
hurrm.

Kerja elok-elok. mulamula memang rasa susah. nanti lamalama dah biasa, senang laa.
jangan putus asa. try je sampai berjaya. insyaallah boleh.

actually, cikki selalu baca status Nat. tapi tak berani pun na komen or like. takut Nat tak suka.
cikki hantar kt chatbox pun, Nat tak pernah pun na balas. tapi tak pe laa. chatbox kan selalu gilergiler sikit. cikki tak komen or like sebab nanti takut Nat close wall kt cikki lagi.

cikki tahu Nat close wall kat cikki dulu. sebab cikki bukak kt acc FB lagi satu boleh jer. memang cikki terasa sangat engan alasan Nat masa tu. tapi siapalah cikki na terasa lamalama. kan? dari dulu sampai sekarang, satu je soalan cikki yang Nat tak pernah na jawab. Kenapa Nat jauhkan diri dari cikki?

lepas ni cikki takkan kacau Nat dah. memang na kacau. macam dulu-dulu. tapi rasanya dah tak boleh. nanti ada orang marah. HAHA. lepas ni please, jangan hidekan diri kat grup. cikki tahu, semua cikki tahu.

pasal hal duludulu tu, lupakan je. cikki da boleh terima hakikat sebenar. keputusan tu masa cikki tak matang. cikki minta maaf okay. cikki na Nat jadi kawan dan abang cikki. boleh?
jangan larikan diri dari cikki dah. cikki tak larat da na kejar.

maaf  Nat, cikki out dari grup Nat lagi sekali. kalau ada salah maafkan cikki. cikki cuba na perbaiki diri cikki.

DAIN ~

Dain, cikki rindukan dain. janji na call cikki. tak call pun. ni na kena cubit ni :P
dain, pasal masalah kat tempat kerja tu, jangan tension-tensionkan diri.
dain bagi tahu kat cikki, kerja macam mana yang dain nak. nanti cikki usahakan tolong cari.

tak na laa pasal kerja & relationship dain tertekan macam ni. let me know ur real problem.
i will and will help u sista.

masalah cikki dain dengar, dain tolong.
sekarang masa cikki pulak dengar dan tolong dain.
just call me or msg okay. number still sama. tak tukar pun. hehe.

kaka dain sayang. maafkan cikki ats semua kesalahan cikki. cikki cuba perbaiki diri cikki

MYRAE, NAT & DAIN ~

actually, cikki rasa terbeban.
terbeban sebab cikki rasa, cikki punca keretakan persahabatan korang
rasa cinta cikki buat korang jadi renggang.

tiada lagi gelak tawa, usik sana sini, gurau melampau kat wall masing-masing kan?
cikki minta maaf. cikki penyebab semua ini. cikki na korang macam dulu balik. tanpa cikki. mulakan semua macam dulu balik. boleh? just ignore me. i'll be fine. bukan na kemana pun kan. cikki ada je kt sini sini. mulakan persahabatan korang balik.

kalau sayangkan cikki, sebagai sahabat, kawan, adik tolong hormati permintaan cikki

p/s: cikki na bersihkan semuanya. tak na perkara ni bersarang dlm hati. makin lama makin banyak benda yang menghasut cikki ke arah lain. maaf kalau ada yang terluka. cikki terpaksa luahkan,

aku ingin berubah

aku ingin berubah
aku ingin berubah
aku ingin berubah dan
aku ingin berubah


aku ingin mendekatkan diri aku dengan Allah SWT
aku ingin beribadah kepadaNya tanpa henti
aku ingin menjadi seorang insan disisiNya

sejenak, aku terfikir masih adakah hari esok untuk aku bertaubat?
cukup ke amalan yang dikumpul selama ini?
kemana akan dihantar diri aku setelah mati, syurga atau neraka?
subhanallah, aku tak ingin mati dalam keadaan jahil dan memalukan

aku ingin menjadi insan yang teristimewa disisiNya
aku ingin menjadi manusia yang berpegang teguh pada agama
aku ingin kesemuanya

aku ingin mengejar nikmat dan nurMu Ya Tuhan



p/s: menulis ini dalam keadaan sebak dan hiba, banyak yang mahu dicoretkan namun aku tak kuat na luahkan rasa hati aku. aku bersyukur kerana diberi rasa itu lagi.


Friday, 21 October 2011

Older Post, DTAR



Walau hatiku pedih
ku rasa sendiri kepedihan
kesakitan hati ku menangis
rintihan jiwa yang terus merana

Walau ku sendirian
ku renangi lautan yang dalam
tiada siapa sudi perhatikan
itu yang ku duga selama ini

Kesakitan cinta yang melanda ku
menghentikan degupan rindu
yang hampir bernyawa
kecewa yang tiada terhingga
bila mendengar berita kau tak cintaiku

Kini ku fahami erti cintamu
kau hanya bernyawakan patung
dalam dirimu
kecewa melanda dihati
mengapa begini yang aku hadapi
kekasihku...



p/s: This song make me cry. I dedicated to someone that I love before, 'DTAR'

Wednesday, 19 October 2011

Kehilangan

sejak dua tiga empat lima menjak ni
cikki rasa
kehilangan sesuatu, kehilangan sesuatu yang disayangi

puas cikki fikir tapi tak tahu apa dia
atau akan kehilangan sesuatu

mood makin menghilang, rasa na marahmarah orang kat sekeliling
aku ni dah kenape?
apa yang menganggu ni?

aku kehilangan..........................



p/s: hopefully, cikki boleh tabah dan redha terima apa yang bakal jadi

Menghitung Hari

Hari ini hari ke 20, cikki cuti semester
ada baki lebih kurang 27 hari lagi cuti sem na habis

cuti memang best, tapi cuti tak sama dengan member lain ape rasa?
bosan yang tak terungkap dengan kata-kata manis

sebenarnya exited jugak na masuk sem 2, sebab dapat jumpa kawankawan,
dapat habiskan cepatcepat pengajian (boleh duk umah tanam anggur, kehkehkeh)
dan yang paling penting, resign dari jadi bibik tercomei kat rumah. HAHA.

dalam exited tu ada jugak rasa risau,
risau result final exam tak berapa na syok memandang
but, I hope i pass with flying colours.. Amin.

sape na repeat kan? semua tak na
macam tu jugak cikki

exited, tapi kadangkadang bila fikir
rasa homesick makin menebal la pulak dalam badan
sebulan lebih menghambakan diri kat rumah, wahhh! terlebih sudaa

tibatiba na kena g tempat lain, huwaaaa. banjir laa Alor Setar nanti
harap penyakit homesick yang teruk masa sem 1 tak berjangkit ke sem 2

p/s: tak ready na say goodbye 'homei' and welcome 'hostel'

Stalker Seharian

kisah hati na bermula lagi~
ngehngeh

actually, semalam aku usha wall dia lagi
then aku jumpa la caloncalon busukmasyam dia
huh!

jeles kot! jeles! jeles! jeles!
tapi disabarkan hati, aku scroll lagi sampai bawah
baca sanasini
pastu usha wall caloncalon dia

and then aku sakit hati dan ketiadaan mood
dan sedikit kegilaan dengan login and logout banyak kali tanpa henti

dan yang paling paling paling paling
aku mendidih sebab sebab sebab
....
....
....
....
lappy kena virus, ni laa padahnya login logout tanpa henti
padan muka balik :(

*baru je format lappy, mengamuk abang aku bila tahu lappy aku ada yang tak kena

p/s: ehem! aku usha (stalker) wall orang yang goyangkan hati kau je, orang lain aku tak kacau + bukan usha gilergiler pun, setakat baca status n komen jea :P

Wednesday, 12 October 2011

Request untuk Myrae

i feel sad today
it's gloomy day at here
add more sadness in my hearts

today, Myrae sayang na pergi Johor,
dia dapat kerja kat sana, alhamdulillah laa.
aku taw lama dia tunggu dapat keje since dia graduate
aku tumpang gembira :)

tapi kan
dekat sana kami susah da laa na berhubung
sebab kat tempat Myrae no wifi, no lappy, no bb and nonononono
yang ada cuma Celcom Sms tercinta, tapi tu pun selalu tak waras

Myrae, myrae, myrae nanti aku mesti rindu kat kau,
tak dapat na sengalsengal macam selalu
tak dapat na luahkan perasaan dengan kau
tak dapat na tahu perkembangan SPP kau
tak dapat na gossip girl dengan kau pasal 'sinetron'

kalau kau rindu kat aku, kau miskol laa aku.
tak payah tengok bulan bintang ape semua, tu untuk orang bercinta je
MUAHAHAHA

rajinrajin keje yea Myrae, kumpul duit banyakbanyak
boleh belanja aku CADBURY satu bakul,
lepas tu belanja aku komik pulak, komik kaoru taw :)
lepas tu bawak aku g holiday kat manamana. kehkehkeh

Tuesday, 11 October 2011

Angan-angan saya laaa

hati tercair tengok muka Colin Egglesfield kt cenel Diva semalam
haissshh,
comel comel comel comel sangatsangat


dari semalam tak boleh lupa kecomelan dia senyum
waaaaa, sudah jatuh hati sama ini mat saleh laaaa
nanak jadi GF dia boleh tak?

*okeyh fine, aku sedar aku sape :)