Thursday, 22 March 2012

NEKAD

"selamat tinggal kawanku
tak mudah aku pergi
bila wajahmu
sentiasa di hati ini"


kerana aku sayangkan kau,
aku lepaskan kau berlari menjauh dari aku
pergilah sayang, pergilah mencari kebahagiaanmu
larilah sekuat hati sayang, lari mencari impian dan kebahagiaan lain
satu pesan aku, jangan pernah toleh untuk melihat aku lagi

#selamat tinggal, i love you and i will miss you DTAR

Friday, 16 March 2012

Marrybrown

2 Mac 2012
05:27 PM
Marrybrown Shahab Perdana, Alor Setar

Jumaat sebelum aku balik study week,
aku ngan Atyn pergi makan dekat Marrybrown
takde pilihan lain selain pergi makan dekat situ
yelaa, kami tak makan atau minum apa-apa dari pagi
mau tak pedih perut menahan (*hostel takde dapur, tu sebab tak masak)

mula-mula nak keluar awal pagi, tapi disebabkan bangun lewat
dan ada urusan dengan owner rumah sewa, terpaksalah menahan perut dulu
lepas je jumpa owner rumah sewa, terus aku dengan Atyn serbu Marrybrown
dengan hujan lebat + suku lenjun kami berkejar ke Marrybrown

lapaq! lapaq! lapaq! lapaq! habaq hang
dah order tu kena tunggu pulak menu tu sampai
ada la dalam 5- 10 minit, sabar je laa

tadaaaaaa!


kami pilih menu Mee Kari Ayam Marrybrown
rasa dia not bad jugak
ni la first time aku jumpa mee kari dekat Alor Setar ni
selalunya asyik jumpa Tomyam atau Bandung je pun
kalau ada kari pun Maggi Kari

p/s: aku ni hantu mee kari, kat Perak pun ada certain tempat terkenal
      dengan mee kari, so bila datang belajar sini tak jumpa mee kari
      aku rasa macam kureng sikit

*dorang hantar air aku lambat, tercekik aku makan

Wednesday, 7 March 2012

Minggu Berpenyakit

malas malas malas malas malas

LAGI NAK FINAL LAGI MALAS BELAJAR
"come on Hanim! pecut sehabis mungkin sampai ke garisan penamat"

minggu ni banyak dugaan yang perlu dihadapi,
sakit kepala datang menyerang dan asthma mula manampakkan diri
maybe sebab perubahan cuaca yang mendadak
Yelah, Kedah panas terik; Perak pulak sejuk sebab hari2 hujan

paling aku risaukan Asthma!
Jauhkanlah sebarang penyakit minggu2 final ni, Amin.

*selalunya kalau aku kena Asthma, satu benda pun aku tak mampu buat melainkan terlantar sedut oksigen, sempat ke nak ambik Final ni?