Monday, 27 February 2012

mum


ibu : kakak, start cuti bila?
aku: patutnya Khamis, tapi sabtu ni ada test & maybe g kem kt Baling
ibu: kakak nak balik mcm mana?
aku: balik naik bus.
ibu: betul ni balik naik bus? ticket dah beli ke?
aku: a'ah. ticket dah beli. hari sabtu ni.
ibu: confirm ke balik sabtu? ticket dah beli, takut balik hari lain pulak
aku: confirm. naik bus sampai kuala terus.
ibu: okay lah. ibu balik Perak sorang je la Khamis ni.
aku: hmmmmmmmmm

* ibu, kakNim nak balik khamis ni T____T, tak sanggup rasa balik sabtu ni. tu pun kena rush.
sebab............. kena tukar bus kt penang. bus kat penang pukul 3.15 p.m habis test pukul 1 p.m.
sempat ke? belum tentu lagi habis test sharp pukul 1. T____________T

#betulbetul menyusahkan laaaaa, kenapa kena buat hari sabtu? hari lain banyak lagi kan!

nothing

hari terburuk dalam February 2012,
penat + letih + muak dengan segalanya

Sunday, 26 February 2012

minggu terakhir



"Tuhan, berikanlah aku kesabaran yang tinggi"
stress! 
dari satu minggu ke satu minggu yang lain
dari satu kerja ke satu kerja yang lain

1# study week terpaksa balik lewat
2# markah quiz office 2 teruk!
3# penat nak hadap kelas yang tak macam kelas
4# jemu edit esaimen BBM110 memanjang
5# risaukan esaimen Business yang tak sentuh lagi
6# kena menghafal yassin
7# risau dan stress pasal subjek business
8# kena study untuk test BPC minggu ni
9# didatangi mimpi pelik2 & selalu tak sedap hati
10# hari2 mengalami sakit perut yang tak terkawal, muntah & pening

*terasa nak duduk dalam kotak lari dari semua ni, tapi aku manusia! manusia kena hadapi kenyataan, hadapi apa yang telah ditetapkan oleh Pencipta-Nya.

Friday, 17 February 2012

kau takde hak

suka memperlekehkan kemampuan aku,
aku pun manusia!
ada hati dan ada perasaan

aku bukan wujud untuk jadi patung yang boleh dipijak dan dibuang
dari dulu sampai sekarang selalu tak percaya dengan apa yang mampu aku buat
sedarlah, aku sebahagian dari hidup kau

apa yang kau lalui dan buat semua atas pertolongan siapa?
aku atau orang-orang lain?

hurmmm, yelah
aku sedar semua tu
aku tak sepandai dan secerdik macam orang-orang yang kau nak

tapi aku pelik dan pening,
kenapa kalau kau susah atau tersepit kau cari orang sebodoh aku?
kenapa tak cari orang-orang yang pandai lagi bijaksana selesaikan?

maybe, orang sebodoh aku hanya diperlukan bila waktu susah kot
ya, orang bodoh macam aku tak layak nak dapat something yang bukan taraf aku

#awak, jangan sesekali memperlekehkan kebolehan orang lain. hidup ini ibarat roda, sekejap di atas dan sekejap kita akan berada di bawah

Thursday, 16 February 2012

Wishlist lama untuk ayah

" ayah, nak transfer study tempat lain, dan kalau boleh nak tukar course sekali"

agak-agak makan penampar tak nanti? rasanya kalau tukar couse tu memang taklah
aku rasa agak rugi nak tukar course even aku tak minat course ni
sedih weyh bila terpaksa tinggalkan cita-cita sejak kecik bila dah ditawarkan peluang =(
hurmmm, entah bila la KPTM Ipoh nak ada course under UiTM, nak tukar tempat belajar!

penat + penat + penat! dengan masalah-masalah yang datang,
subjek-subjek yang tak berapa nak faham, culture dekat sini n mostly masalah hostel
semua datang serentak dalam minggu-minggu terakhir kuliah, WTS! assignment jangan tanya macam mana
kebanyakan nak kena submit minggu yang sama which is minggu depan, arggggghhhhhhhhhhh!

masa untuk diri sendiri makin kurang, waktu tidur bersepah-sepah sana sini dan class makin rajin aku ponteng sebab terlampau letih. serious, aku rasa aku manusia yang teruk

*ayah, pos kata-kata semangat untuk KakNim. Ayah terlampau jauh untuk KakNim share masalah

i'm tired




aku  STRESSSS dengan keadaan semasa
#Tuhan beri hamba-Mu kekuatan dan kesabaran

Sunday, 12 February 2012

Mental Hospital

" kat Perak ada hospital gila kan? patut la ramai orang Perak gila" -ATIQAH AMRAAN, 2012

tudia ayat! bernanah telinga orang Perak ni dengar,
meyh sini teman nak bagi tahu pasal hospital mental or hospital gila ni

DEFINISI HOSPITAL MENTAL

tempat merawat orang sakit otak (gila), memberi jagaan dan perubatan

CIRI-CIRI PESAKIT MENTAL

Berikut adalah tanda-tanda orang yang berisiko tinggi untuk mengalami gangguan mental

  1. mengalami stress, sedih atau depresi secara berterus-terusan
  2. paranoid (cemas/takut) pada hal-hal biasa yang bagi orang normal itu tidak perlu ditakuti
  3. mempunyai pemikiran untuk membunuh diri
  4. perubahan diri yang mendadak dan tidak boleh disesuaikan
  5. terlalu memikirkan perkara-perkara yang berimaginasi tinggi

SENARAI HOSPITAL MENTAL DI MALAYSIA

  1. Hospital Bahagia Ulu Kinta @ Tanjung Rambutan, Perak
  2. Hospital Sentosa, Sarawak
  3. Hospital Bukit Padang, Sabah
  4. Hospital Permai, Johor Bharu

p/s: pengetahuan am untuk semua :) senyum sokmo!