Thursday, 26 January 2012

Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M)


Isnin, 16 January 2012 lepas aku dapat baucer buku RM200 tu
syukur, alhamdulillah aku dapat merasa ambik baucer tu
dan bangga la sikit bila aku jadi orang first ambil baucer untuk sem 2
(*berkat aku potong barisan) muahahaha!

aku dapat 4 keping baucer (1 keping bernilai RM50)
masa dapat tu, baucer ni tersangat la wangi dan keras
(bau macam duit wooooh)
ketagih aku cium bau dia' tapi tapi tapi kan

aku masuk sem baru november lepas, dan semua buku dah beli
brainless! speechless! tak tahu nak buat apa'
alangkah bagusnya kalau dapat tukar jadi duit

nak tulis details atas baucer ni pun pening gak
banyak sangat pantang larang kerajaan bagi
(*macam tak ikhlas je na bagi) =.="

nak tebus pun hanya tempattempat terpilih je boleh,
mostly kat bookstores yang popular laa
(search la sendiri kat google, ramai da tulis pasal baucer ni)

aku pun tak tahu macam mana nak habiskan baucer ni,
bila tak dapat, terkinja-kinja nak
dah dapat terpusing-pusing memikirkannya

p/s: jangan jadi manusia yang tak reti menghargai,
orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa





Penyepian Myrae

Maizatul Amira (Myrae)
aku rindu kau la babe!

kau busy, aku busy
masingmasing online tak sama time

miss you so much kawan,
kenapa kau menyepi?
datangkan balik button hijau kau...........



Tuesday, 24 January 2012

Kempunankah?

hai :)

okay, cuba korang tengok gambar ni

kancil + kembara = kanara (adik beradik kenari pulak) :P




gambar ni ditangkap, 22 January 2012 dekat Lebuhraya Utara-Selatan
(dekatdekat dengan exit ke Kuala Kangsar, Perak ) =)

aku respect la kat owner kereta ni, sebab kretif dan berani buat macam ni
first time aku jumpa kereta Kancil ala-ala perodua Kembara
tapi ni version kecik lagi comei =D

p/s: nice try awak :) agakagak kena kejar dengan JPJ tak?

Monday, 9 January 2012

MR. TAXI

semalam hari kedua presentation esaimen office (OMT182)
aku tak group aku tak present pun semalam sebab kami dah present kelmarin

then, semalam masa Raidah & the gang present dorang ada show 1 video nih,
pasal 10 airport terbaik dekat dunia (dorang present pasal airport kedah)
dalam tengoktengok video tu, ada sesuatu menarik perhatian aku

aku tertarik dengan lagu dalam video tu,
keterujaan tu menyebabkan masa dekat hostel aku dengan roomates terus search lagu
dah jumpa! takpi takdapat na download, sebab wifi hostel slow

so, terpaksa la tahan dulu niat tu, 
disebabkan aku tak dapat na download lagu tu, aku terus tukar lagu dekat blog,
boleh dengar harihari tanpa tersekat-sekat

cuba korang dengar jugak, then komen sikit

*permulaan music dia memang agak kuat dan keras sikit


* pause kan music player aku kalau na play video nih


penipisan zon kesabaran



geram!
geram!
geram!
geram!
geram!
geram!
geram!
geram!
SANGATSANGAT DENGAN 1 PEREMPUAN!

jenis aku kalau nak tegur someone, aku akan suruh orang tegurkan orang tu dulu,
then, kalau tak makan saman jugak, aku akan start memerli
kalau tu pun tak menjadi, aku akan mula cakap lepas *aku tak suka buat, tapi terpaksa aku buat gak
lastly, kalau semua tu dia 'bodoh' nak faham, aku akan cakap dengan 2 cara diatas depandepan dia

tapi tahap kesabaran aku kat sorang perempuan ni, dah nak masuk stage 3
fasa cakap lepas' lantak kau la perempuan nak terasa ke tak
sabar seseorang itu pun ada batas, jangan ingat aku diam dan iakan apa kau buat bermakna aku setuju atau aku suka

aku diam sebab hormat kau sebagai seorang kawan aku
tapi kalau kau pun tak hormat aku sebagai kawan, dan semakin menjadi-jadi perangai
rasanya, aku tak rugi apa-apa pun kalau aku tak hormatkan kau lagi lepas ni

terus terang aku cakap, dulu aku pandang kau tinggi. lepas kau buat perangai superb terbaik dari ladang terus aku rasa menyesal, menyesal, menyesal dan muak! aku rasa na tikamtikam kau pun ada!

selagi aku masih mampu bersabar, aku akan bersabar' itu aku cuba usahakan dan harapharap kau takde la buat aku hikang kesabaran lagi

* kau buat macam ni macam budak tadika yang tak reti na kesat hingus tahu tak? sampai bila kau nak berlakon jadi baik? lagi kau berlakon, lagi kami tahu macammacam perangai buruk kau. bawakbawak la berubah.

p/s: aku tak suka gaduh, tapi dah kau cari pasal dengan aku dan kawankawan yang lain, meyh la kita cari pasal betulbetul. alangalang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

dan mintakmintak jugak aku diberikan kesabaran yang tinggi untuk handle perempuan ni.