Monday, 31 October 2011

Aku Seorang Perantau

bukan mudah untuk jadi seorang perantau,
merantau ke tempat yang asing ke tempat yang tidak tahu selok beloknya

begitu juga aku,
menerima tawaran belajar di Kedah membuka lembaran baru buat aku
menjadi anak rantauan mengajar aku supaya berkorban, berkorban dan berkorban

aku akui memang susah pada mulanya, dan sekarang pun aku masih rasa susah
aku meninggalkan kan semua yang aku sayang, semua kemudahan yang aku dapat
segala-galanya terpaksa ditinggalkan

saat orang lain bahagia menghabiskan cuti hujung minggu,
aku hanya mampu berkurung dalam bilik hostel
saat orang lain makan bersama family,
aku hanya makan berlaukkan maggie
saat orang lain nyeyak tidur,
aku terpaksa bersengkang mata buat revision dan menangis merindui keluarga yang jauh

jiwa yang kosong selalu menemani aku
sayu hiba tawa sedih susah senang semuanya 100% ditanggung sendiri
semuanya dilakukan sendiri
tiada tangan-tangan yang akan menyambut bila  jatuh

tekanan jiwa + konflik sering menguji
aku hanya mampu menangis keseorangan
aku makin hilang diri aku yang sebenar,
makin kehilangan kata-kata pendorang diri

tapi, aku terpaksa jua bermuhasabah diri
demi mewarnakan masa depan aku
aku hanya mampu berdoa kepadaNya Yang Maha Kuasa

*sedikit sebanyak pergorbanan dan kesusahan mengajar aku erti sebuah kehidupan yang sebenar



p/s: Pada saat ini, aku hanya diuji dengan hebatnya dari segi jiwa dan perasaan aku. semoga aku diberi ketabahan menjalani liku-liku hidup. Amin.

16 days left

Okay, hari ni dah masuk 1 November 2011
ini bermakna 16 hari saja lagi yang akan tinggal

16 hari tu kejap! pejam celik pejam celik dah tiba masa na pergi
masa untuk pulang ke Alor Setar

berhari-hari rawat dan pujuk hati kembalikan semangat balik,
tapi semua tu macam tak membuahkan hasil
aku makin sensitif

tadi, ayah cakap "lepas masuk sem 2 ni jangan da call, nangis-nangis na balik"
dengar je ayah cakap macam tu, aku terus terdiam, pusing sambung balik masak.
terasa dengan apa yang ayah cakap~

*aku sensitif giler bila dekat na balik hostel


Thursday, 27 October 2011

When I Start To Feel Homesick

Hari ni hari jumaat da
bermakna tinggal lebih kurang 19 hari lagi na duduk rumah
huwaaaa, cepatnya masa berlalu

rasanya baru  2-3 hari cuti,
aku tak sedia na memulakan sem baru
fizikal tak sedia, mental 500% tak sedia

tak na tak na tak na tak na tak na balik Alor Setar

barang-barang keperluan semua aku dah beli,
nampak macam excited kan beli barang awal-awal (dalam hati menangis hiba)
beli barang awal sebab tak na main pening-pening dengan otak

actually, tadi aku dapat tahu result final keluar 4 november ni
itu lagi satu perkara yang aku tak suka hadapi. yup, cik result na keluar dating!
aku tak na repeat, biarlah cukup-cukup makan pun tak pe

hari-hari aku rasa sedih, tapi tak de siapa pun na pedulikan
aku tak na balik sana
sana tu macam nightmare giler kat aku

sometimes aku rasa excited na balik sana, tapi yang paling banyak ialah TAKNAK BALIK!

tak nak tak nak tak nak dan tak nak! fullstop,

ibu, tak nak balik sana. better duduk kampung dari sana
biarlah banglo macam mana pun hostel sana, tetap tak nak balik sana
biarlah mewah dan bebas macam mana pun tetap jugak tak nak balik!

sana tak ada ayah dengan ibu. tak ada family,



p/s: niat memang na belajar, tapi tapi tapi tapi tapi! i need someone to share my problem. share my sadness, i need shoulder to cry on it :(

Tuesday, 25 October 2011

Deep From My Hearts

20 Januari 2011, aku kenal dengan Myrae, Nat dan Dain,
trio yang paling dan sangat aku sayang

MYRAE ~

Myrae, kau la satusatunya sahabat, kawan, kakak, adik dan nurse + doctor yang aku sayang
aku lebih selesa share semua yang aku buat atau terjadi pada aku kat kau
i trust u more than my family

aku paling rindu dan sayang kau. aku lebih rindu kau dari rindu adik aku
sejak kau keje, aku dah tak tahu na sembang dengan sape.
aku log in FB, tapi hanya untuk main game atau untuk sajersajer bukak.

banyak benda aku na share dengan kau, harihari aku tunggu kau online.
aku tak msg kau, sebab takut kau busy layan patient
aku bosan sangat. habis semua post atau status kau aku like
katak kesayangan kau pun aku bagi makan harihari

mungkin kau anggap aku giler. sebab bg makan katak mainan kt blog kau tu.
tapi entah lah. aku rasa rindu aku terubat sikit bila buat macam tu. kau kan suka katak.

Myrae, kalau ada salah aku dengan kau. kau maafkan yerk. aku cuba na perbaiki diri aku.


NAT ~

first, cikki na ucap congrats sebab dapat kerja. lama kan Nat tunggu na dapat kerja.
rasanya Nat pernah cerita kat cikki pasal na pergi interview keje ni duludulu.
hurrm.

Kerja elok-elok. mulamula memang rasa susah. nanti lamalama dah biasa, senang laa.
jangan putus asa. try je sampai berjaya. insyaallah boleh.

actually, cikki selalu baca status Nat. tapi tak berani pun na komen or like. takut Nat tak suka.
cikki hantar kt chatbox pun, Nat tak pernah pun na balas. tapi tak pe laa. chatbox kan selalu gilergiler sikit. cikki tak komen or like sebab nanti takut Nat close wall kt cikki lagi.

cikki tahu Nat close wall kat cikki dulu. sebab cikki bukak kt acc FB lagi satu boleh jer. memang cikki terasa sangat engan alasan Nat masa tu. tapi siapalah cikki na terasa lamalama. kan? dari dulu sampai sekarang, satu je soalan cikki yang Nat tak pernah na jawab. Kenapa Nat jauhkan diri dari cikki?

lepas ni cikki takkan kacau Nat dah. memang na kacau. macam dulu-dulu. tapi rasanya dah tak boleh. nanti ada orang marah. HAHA. lepas ni please, jangan hidekan diri kat grup. cikki tahu, semua cikki tahu.

pasal hal duludulu tu, lupakan je. cikki da boleh terima hakikat sebenar. keputusan tu masa cikki tak matang. cikki minta maaf okay. cikki na Nat jadi kawan dan abang cikki. boleh?
jangan larikan diri dari cikki dah. cikki tak larat da na kejar.

maaf  Nat, cikki out dari grup Nat lagi sekali. kalau ada salah maafkan cikki. cikki cuba na perbaiki diri cikki.

DAIN ~

Dain, cikki rindukan dain. janji na call cikki. tak call pun. ni na kena cubit ni :P
dain, pasal masalah kat tempat kerja tu, jangan tension-tensionkan diri.
dain bagi tahu kat cikki, kerja macam mana yang dain nak. nanti cikki usahakan tolong cari.

tak na laa pasal kerja & relationship dain tertekan macam ni. let me know ur real problem.
i will and will help u sista.

masalah cikki dain dengar, dain tolong.
sekarang masa cikki pulak dengar dan tolong dain.
just call me or msg okay. number still sama. tak tukar pun. hehe.

kaka dain sayang. maafkan cikki ats semua kesalahan cikki. cikki cuba perbaiki diri cikki

MYRAE, NAT & DAIN ~

actually, cikki rasa terbeban.
terbeban sebab cikki rasa, cikki punca keretakan persahabatan korang
rasa cinta cikki buat korang jadi renggang.

tiada lagi gelak tawa, usik sana sini, gurau melampau kat wall masing-masing kan?
cikki minta maaf. cikki penyebab semua ini. cikki na korang macam dulu balik. tanpa cikki. mulakan semua macam dulu balik. boleh? just ignore me. i'll be fine. bukan na kemana pun kan. cikki ada je kt sini sini. mulakan persahabatan korang balik.

kalau sayangkan cikki, sebagai sahabat, kawan, adik tolong hormati permintaan cikki

p/s: cikki na bersihkan semuanya. tak na perkara ni bersarang dlm hati. makin lama makin banyak benda yang menghasut cikki ke arah lain. maaf kalau ada yang terluka. cikki terpaksa luahkan,

aku ingin berubah

aku ingin berubah
aku ingin berubah
aku ingin berubah dan
aku ingin berubah


aku ingin mendekatkan diri aku dengan Allah SWT
aku ingin beribadah kepadaNya tanpa henti
aku ingin menjadi seorang insan disisiNya

sejenak, aku terfikir masih adakah hari esok untuk aku bertaubat?
cukup ke amalan yang dikumpul selama ini?
kemana akan dihantar diri aku setelah mati, syurga atau neraka?
subhanallah, aku tak ingin mati dalam keadaan jahil dan memalukan

aku ingin menjadi insan yang teristimewa disisiNya
aku ingin menjadi manusia yang berpegang teguh pada agama
aku ingin kesemuanya

aku ingin mengejar nikmat dan nurMu Ya Tuhan



p/s: menulis ini dalam keadaan sebak dan hiba, banyak yang mahu dicoretkan namun aku tak kuat na luahkan rasa hati aku. aku bersyukur kerana diberi rasa itu lagi.


Friday, 21 October 2011

Older Post, DTAR



Walau hatiku pedih
ku rasa sendiri kepedihan
kesakitan hati ku menangis
rintihan jiwa yang terus merana

Walau ku sendirian
ku renangi lautan yang dalam
tiada siapa sudi perhatikan
itu yang ku duga selama ini

Kesakitan cinta yang melanda ku
menghentikan degupan rindu
yang hampir bernyawa
kecewa yang tiada terhingga
bila mendengar berita kau tak cintaiku

Kini ku fahami erti cintamu
kau hanya bernyawakan patung
dalam dirimu
kecewa melanda dihati
mengapa begini yang aku hadapi
kekasihku...



p/s: This song make me cry. I dedicated to someone that I love before, 'DTAR'

Wednesday, 19 October 2011

Kehilangan

sejak dua tiga empat lima menjak ni
cikki rasa
kehilangan sesuatu, kehilangan sesuatu yang disayangi

puas cikki fikir tapi tak tahu apa dia
atau akan kehilangan sesuatu

mood makin menghilang, rasa na marahmarah orang kat sekeliling
aku ni dah kenape?
apa yang menganggu ni?

aku kehilangan..........................



p/s: hopefully, cikki boleh tabah dan redha terima apa yang bakal jadi

Menghitung Hari

Hari ini hari ke 20, cikki cuti semester
ada baki lebih kurang 27 hari lagi cuti sem na habis

cuti memang best, tapi cuti tak sama dengan member lain ape rasa?
bosan yang tak terungkap dengan kata-kata manis

sebenarnya exited jugak na masuk sem 2, sebab dapat jumpa kawankawan,
dapat habiskan cepatcepat pengajian (boleh duk umah tanam anggur, kehkehkeh)
dan yang paling penting, resign dari jadi bibik tercomei kat rumah. HAHA.

dalam exited tu ada jugak rasa risau,
risau result final exam tak berapa na syok memandang
but, I hope i pass with flying colours.. Amin.

sape na repeat kan? semua tak na
macam tu jugak cikki

exited, tapi kadangkadang bila fikir
rasa homesick makin menebal la pulak dalam badan
sebulan lebih menghambakan diri kat rumah, wahhh! terlebih sudaa

tibatiba na kena g tempat lain, huwaaaa. banjir laa Alor Setar nanti
harap penyakit homesick yang teruk masa sem 1 tak berjangkit ke sem 2

p/s: tak ready na say goodbye 'homei' and welcome 'hostel'

Stalker Seharian

kisah hati na bermula lagi~
ngehngeh

actually, semalam aku usha wall dia lagi
then aku jumpa la caloncalon busukmasyam dia
huh!

jeles kot! jeles! jeles! jeles!
tapi disabarkan hati, aku scroll lagi sampai bawah
baca sanasini
pastu usha wall caloncalon dia

and then aku sakit hati dan ketiadaan mood
dan sedikit kegilaan dengan login and logout banyak kali tanpa henti

dan yang paling paling paling paling
aku mendidih sebab sebab sebab
....
....
....
....
lappy kena virus, ni laa padahnya login logout tanpa henti
padan muka balik :(

*baru je format lappy, mengamuk abang aku bila tahu lappy aku ada yang tak kena

p/s: ehem! aku usha (stalker) wall orang yang goyangkan hati kau je, orang lain aku tak kacau + bukan usha gilergiler pun, setakat baca status n komen jea :P

Wednesday, 12 October 2011

Request untuk Myrae

i feel sad today
it's gloomy day at here
add more sadness in my hearts

today, Myrae sayang na pergi Johor,
dia dapat kerja kat sana, alhamdulillah laa.
aku taw lama dia tunggu dapat keje since dia graduate
aku tumpang gembira :)

tapi kan
dekat sana kami susah da laa na berhubung
sebab kat tempat Myrae no wifi, no lappy, no bb and nonononono
yang ada cuma Celcom Sms tercinta, tapi tu pun selalu tak waras

Myrae, myrae, myrae nanti aku mesti rindu kat kau,
tak dapat na sengalsengal macam selalu
tak dapat na luahkan perasaan dengan kau
tak dapat na tahu perkembangan SPP kau
tak dapat na gossip girl dengan kau pasal 'sinetron'

kalau kau rindu kat aku, kau miskol laa aku.
tak payah tengok bulan bintang ape semua, tu untuk orang bercinta je
MUAHAHAHA

rajinrajin keje yea Myrae, kumpul duit banyakbanyak
boleh belanja aku CADBURY satu bakul,
lepas tu belanja aku komik pulak, komik kaoru taw :)
lepas tu bawak aku g holiday kat manamana. kehkehkeh

Tuesday, 11 October 2011

Angan-angan saya laaa

hati tercair tengok muka Colin Egglesfield kt cenel Diva semalam
haissshh,
comel comel comel comel sangatsangat


dari semalam tak boleh lupa kecomelan dia senyum
waaaaa, sudah jatuh hati sama ini mat saleh laaaa
nanak jadi GF dia boleh tak?

*okeyh fine, aku sedar aku sape :)